Wednesday, 22 January 2014

Kari Udang Galah yang Mudah




Bahan-Bahan:

Udang galah (Enon beli udang galah mini kat pasar segar je)

1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih -dikisar
Rempah 4 serangkai
1 tangkai daun kari optional

Rempah kari udang/ikan Baba's atau Faiza (Enon suka sebab rasanya agak spicy)
200ml santan
Minyak untuk menumis
Air (agak-agak je)
Garam/Gula/Bahan perasa

Penyediannya:

  1. Tumis bahan kisar bersama rempah 4 serangkai sehingga harum.
  2. Masukkan daun kari dan rempah kari udang.
  3. Tambahkan sedikit air dan biarkan sekejap hingga pecah minyak
  4. Masukkan santan dan perasakan dengan garam
  5. apabila santan mendidih barulah masukkan udang.
  6. Reneh sehingga udang masak



p/s: Udang biasanya dimasak sekejap sahaja untuk mengelakkan daripada terlebih masak atau isinya jadi kental dan hilang manis udang itu sendiri.









Asam Pedas Simple versi Kuning


Hi,

Enon nak kongsikan bersama asam pedas versi arwah ibu Enon. Warnanya kuning macam gulai tempoyak. Ada pelbagai jenis asam pedas kan. Jadi disebabkan masakkan ni jarang-jarang buat kenalah take note takut nanti Enon lupa.


|gambar-gambar terbaru akan di update kemudian ye|


Bahan-bahan::

Anykind of ikan

Bahan-bahan kisar untuk ditumis:
1 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
2 inci Kunyit
10 biji Cili Padi hijau - kurangkan untuk kurangkan pedas


Bahan-bahan lain:
Serai dititikAsam keping
Daun kesum
Bunga kantan dipotong 2
Buah tomato yang dihiris kecil


Penyediaan:

  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
  2. Kemudian masukkan air dan ikan beserta bahan2 lain. Renehkan sehingga pecah minyak atau hingga ikan masak.

Tuesday, 21 January 2014

Sup Tulang Pok Mat!



Hi,

Sup Enon kongsi kali ni agak lain dari yang lain dan ia adalah favourite Enon. Resipi asalnya dari ayah sepupu Enon sendiri iaitu arwah Pak Cik Hamat aka Pok Mat (panggilan glamour ore Klate). Jom kita ke resipi tradisi by arwah Pak Cik Hamat.

Daging la apa lagi kan..bahagian tulang2 yang sangat enak untuk sup tulang

Bahan-bahan yang di mayang dan ditumis:
Bawang merah
Bawang putih
Halia (sikit aje 2,3 hirisan)

Bahan-bahan lain:
Daun Kesum
Jus Limau/Lemon
Garam secukup rasa
serbuk perasa (optional)

  1. Reneh daging sehingga separa empuk.
  2. Tumis bahan2 tumisan tadi dan masukkan air.
  3. Kemudian masukkan daging yang direneh tadi bersama.
  4. Reneh lagi sehingga empuk.
  5. Masukkan garam, serbuk perasa dan perahan limau.
  6. Sebelum dihidang masukkan daun kesum yg dihiris.
  7. Hangatkan sekejap dan sup boleh dihidang!

Bahan hiasan:
Hirisan bawang besar yang dihiris halus
Cili padi potong
Daun sup dan daun bawang





Triffles Peach yang Enak


Senyum manis buat semua,

Ada pelbagai resipi triffles. Kali ni, Enon kongsikan versi mix fruit ditaburi buah peach yang pastinya enak. 



Bahan-bahan:

1 kek gulung dipotong
1 tin kecil mix fruit
1 tin kecil buah peach (ayam brand)
2 gelas susu segar
3 sudu kastard
1 kotak jelly = 200 ml air


Penyediaan Triffles Enon:
  1. Potong kek gulung dan susun dalam mangkuk flat
  2. Tabur mix fruit berserta jus nya sekali
  3. Campurkan jelly bersama 200ml air mendidih. kacau sebati dan curahkan ke atas kek tadi
  4. Masukkan 2 gelas susu segar dalam periuk tambah kastard dan kacau sehingga mendidih dan pekat.
  5. Tuang ke atas lapisan jelly 
  6. Kemudian susun peach ikut kreativiti

Siakap 3 Rasa ala Thai

Hi,


Resipi kali ni Enon just copy dari blog lama. Dah lama tak buat masakan ikan Siakap. Jadi tak salah Enon paparkan untuk koleksi Enon dan dikongsi bersama pembaca budiman.


Siakap Diselimuti Nenas lazat!!

Bahan-bahan:

Seekor siakap.
Garam kunyit
Sedikit Tepung Jagung

3 biji Bawang Merah dicincang
5 ulas Bawang Putih dicincang
2 biji Bawang Besar didadu
2 batang Serai dihiris
1 inci Halia dicincang
3 biji Tomato didadu
3 keping Daun Limau Purut
Sos cili 'life' (terpulang)
Nenas muda dipotong dadu
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar pes tom yam



Penyediaan:

  1. Goreng ikan yang telah diperap dengan garam kunyit. Lumur sedikit tepung jagung untuk menambah kegaringan pada ikan tersebut. Setelah masak angkat dan hidang.
  2. Tumis semua bawang, serai dan halia sehingga wangi dan keemasan.
  3. Masukkan daun limau purut, sos cili, dan nenas tadi, garam secukup rasa dan sedikit gula..gaul rata.
  4. Setelah pecah minyak masukkan tomato. masak hingga pekat yg dikehendaki. tambah air untuk menambah kuahnya. sekarang dah siap!
  5. Cucur/Siram kuah ni pada ikan siakap.

Melupus Blog Lama

Hi,

Enon dalam proses menyalin resepi dari blog lama Enon iaitu http://ninakitchen.blogspot.com dengan harapan blog lama ni berjaya log in dan dilupuskan. Jadi maaf jika sehari ada banyak entri ye. Ahaks. Sopan tak Enon ni. Bye.


Busy copy and paste and edit balik.






Jenahak 3 Rasa

Hi !

Bahan-Bahan Kuah:


1 biji bawang besar (cincang)
4 biji bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
3 sudu besar cili pes (kurangkan jika tak mahu pedas)

6 biji cili padi hijau (hiris halus)
1 biji cili merah besar (hiris nipis)
2 helai daun limau purut 

sos tomato life
sos cili life
sos tiram adabi
sos plum life/sos ikan
kicap manis

1/2 biji nenas dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 hirisan lemon/ limau nipis - utk air perahan
1 batang bunga kantan (dimayang halus) - Enon tak masukkan kali ni. 
Minyak untuk menumis



Penyediaan Kuah Tiga Rasa
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang sehingga harum.
  2. Masukkan cili pes, cili yang dipotong dan daun limau kasturi. Tumis sehingga cili agak garing kemudian masukkan semua sos. Boleh tambah air ikut citarasa.
  3. Apabila bahan tadi mereneh, nenas, tomato, bunga kantan dan perahan lemon pula ditambah. Reneh sehingga nenas masak. Siap. 

Penyediaan Ikan:



  1. Perapkan ikan Jenahak dengan garam kunyit.
  2. Lumurkan dengan tepung jagung dan goreng.
  3. Siram kuah tadi ke atas ikan yang telah siap digoreng.



Jenahak 3 Rasa



p/s: Boleh juga eliminate sos plum seandainya anda menggunakan buah nenas



Monday, 20 January 2014

Kari Kepala Ikan Merah

Hi,




Hari ni semangat pagi-pagi dah siang ikan merah yang beratnya lebih kurang 2kg ni.. Terasa beratnya. Dari semalam lagi siap sedia alihkan Ikan merah ni dari bahagian freezer atas ke bahagian chill supaya defrost keesokkan harinya. Jadi tak perlu tunggu-tunggu lagi.

Tapi satu lagi masalahnya peralatan rumah Enon ni takde la lengkap mane kan, memang tekial-kial bab memotong-motong bahagian tengah tulang ikan ni. Akhirnya berjaya juga dengan bantuan Alu Lesung! Oh lupa pulak Enon nak pose photo ikan merah ni. Hehehe..tangan dh hanyir dan tuan yang memotong pon dah serabai dengan sisik ikan. Tak kuasa nak pegang phone lagi untuk snap. 

Resipi kari kepala ikan kali ni Enon buat style Mamak tetapi agak simple setakat apa yang ada dalam peti ais. Tak perlu bubuh santan. Maka rasanya haruslah ada rasa masam sedikit. Mari kita mulakan.



Karakter Utama


Bahan-Bahan:

Kepala Ikan (Enon gunakan Ikan Merah)
Bendi
Carrot (Enon hiris tebal2)
Ubi Kentang (potong 6)

Rempah 4 beradik
1 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari Baba's
2 biji tomato potong dadu
1/2 sudu kecil halba
Sedikit air asam jawa
Sos tomato secukup rasa
Perasakan dengan garam/gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar cili kering kisar / chili flakes

Bahan Mayang:

1 biji bawang besar (Enon pakai bawang yang ada aje)
4 biji bawang putih


Bawang yang dimayang

Cara-cara:


Antara bahan yang ditumis


  1. Tumiskan bahan yang dimayang sehingga naik baunya. 
  2. Masukkan daun kari, rempah 4 beradik, serbuk kari dan serbuk cili.
  3. Masukkan bahan yang dikisar. Gaul dan tumis hingga bawang kekuningan/bangkit aroma tumisannya.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, air asam jawa, halba, carrot, dan ubi kentang. Gaul dan masukkan air 2 mangkuk. Renehkan sekejap.
  5. Masukkan bahan utama iaitu kepala ikan bersama bendi.
  6. Perasakan dengan garam/gula atau serbuk ajinomoto.
  7. Reneh sehingga ikan tersebut masak.
Reneh ikan sehingga masak
Siap. Boleh dihidang dengan nasi putih dan papadom!





Thursday, 9 January 2014

Ayam Percik Mudah


Kali ini saya bawakan satu resipi ayam percik yang mudah, cepat dan enak untuk anda cuba berasap didapur. Hidangan ini boleh disajikan untuk 4 orang atau dua kali makan, hidangan tengah hari dan makan malam. Jom godek resipi. 

Resipi asal: dari ibuku yang tersayang
Cara masakan: dimudahkan dengan gaya hidup sekarang.. susah nak bakar arang kalau tinggal di apartment, condo, atau teres... kang ada bomba datang tiba-tiba. hihi..

Ayam Percik versi I

Saya gunakan 2 bahagian atas peha (tights). 






Kuah Percik

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 hiris halia
3 biji cili padi

1 mangkuk pati santan
Cili giling ikut selera masing2
2 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

Bawang, halia cili padi dikisar. Kemuadian masukkan bersama ayam tadi. Macam gambar dibawah ni..Serai dititik.


Masukkan santan dan cili giling atau cili pes. Cili pes biasanya ikut kehendak selera puan-puan ye.. kalau nak kan percik kemerahan dan pedas maka taruk lebih sikit.


Kalau nak percik tu putih berkrim tak perlukan pes cili ni. 

Buka api sederhana dan kacau sehingga sebati. masukkan air asam jawa, garam dan gula. Apabila kuah sudah pekat angkat ayam dan bakar dalam oven atau pemanggang ajaib atau mana-mana alat yang boleh memanggang. 

Selesai panggang ayam berkenaan boleh dilumurkan dengan sedikit baki kuah percik. Lagi sebahagian baki kuah boleh dihidang. 

Dah siap! Nomm nomnomm!!






Tuesday, 7 January 2014

Brownie Istimewa by Chef A





Sejak dua menjak ni tekak ni boleh menerima kembali rasa coklat. Kalau tidak muak yang tak nak kalah. Tengok coklat terus tolak mentah-mentah. 

Sorry I don't eat chocolate. 

Aceyy ayat nak poyo aje kan. Bukan apa barangkali dulu-dulu, ada suatu masa terlalu kerap makan makanan berperisa coklat seperti bar coklat, gula-gula coklat, kek, puding dan seangkatan dengannya sampai satu tahap kembang pipi dibuatnya. 

Jadi, sejak boleh makan semula coklat saya nak kongsi beberapa resipi brownies yang telah saya cuba dan alter. Memang banyak kali percubaan ada yang jadi dan ada yang tak jadi sangat tapi masih boleh laa nak makan. Craving sangat2 tu tak lah. Hehee. Jom cuba satu resipi brownie yang enak ni.

Resipi kali ni dikongsi dari abang ipar saya.





Bahan-Bahan:

150gm Butter 
50gm Cream Cheese
100gm Sugar
50gm Brown Sugar

2 Eggs

250gm Self raising flour
50gm Cocoa powder
100ml milk
1 teaspoon vanila esen 

1 cup hazelnut - you can put any kind of nut as you like 
1/2 cup chocolate chip
1/2 cup white chocolate chip

P/s: tulisan merah saya tambah untuk selera Enon sekeluarga 

Cara-cara:


  1. Grease 8" square pan
  2. Preheat oven at 180 degree Celsius
  3. Mix butter, cream cheese, sugar and brown sugar until the batter looks white and soft
  4. Add eggs and vanila esen. Stir
  5. Add milk. Stir
  6. Mix all dry ingredients
  7. Put first layer batter into square pan, sprinkle the hazelnut, chocolate chip and white chocolate chip
  8. Spread last batter all over the mixture
  9. Bake the brownies for about 25 minutes
Let it cool then serve it!! Voila~








Untaian Kata Dari Enon


Selamat Tahun Baru 2014




Rasanya ini blog ke 5 saya. Hihi rasa masih nak berhubung dengan dunia maya tetapi secara senyap boleh? Hahaha memang tak yah bising-bising pon just go and write what ever you want to.

Daisy Mak Enon adalah ulangan blog yang ke 3 saya sukai pada fitrah namanya. Daisy bunga comel, cantik, in english dan moden . Mak Enon pula, pada dasarnya gelaran kampung untuk wanita yang bernama Enon. Jadi, apabila digabungkan Daisy Mak Enon bermaksud saya berada didunia moden tetapi masih lagi bercirikan kampung. hahaha.. cakap aje lah kenegerian dan kekampungan masih kuat terpahat disanubari jadi tak salahlah seandainya blog ini nanti dipenuhi petua-petua tradisi, pengalaman, coretan dan resipi masakan ibunda terutamanya Kelantan dan juga Johor. 

Resipi
Tujuan utama saya tulis resipi kat blog adalah untuk kemudahan saya sendiri. Selain itu, ia adalah satu mekanisma mudah untuk dibawa bersama kemana-mana. Just google it and search thru smartphone. Tak perlu dah bawak buku semasa travel (saya anak perantauan dan buku-buku/kertas resipi saya selalu hilang takpun lupa simpan kat mana). Renyah.

Petua
Selain produk yang hebat dipasaran saya juga masih gemarkan petua lama yang natural dan senang didapati digobok dapur aje. Yang susah-susah saya takkan share kalau dah memang menyusahkan saya..kan. 

Pengalaman dan coretan
Mana tahu coretan saya membuka minda anda yang terbaca atau pengalaman saya lalui boleh dirujuk mahupun ikhtibar kepada warga blog yang sudi membaca tentangnya.


Stay Tune!!