Senyum manis buat semua,
Ada pelbagai resipi triffles. Kali ni, Enon kongsikan versi mix fruit ditaburi buah peach yang pastinya enak.
Bahan-bahan:
1 kek gulung dipotong
1 tin kecil mix fruit
1 tin kecil buah peach (ayam brand)
2 gelas susu segar
3 sudu kastard
1 kotak jelly = 200 ml air
Penyediaan Triffles Enon:
- Potong kek gulung dan susun dalam mangkuk flat
- Tabur mix fruit berserta jus nya sekali
- Campurkan jelly bersama 200ml air mendidih. kacau sebati dan curahkan ke atas kek tadi
- Masukkan 2 gelas susu segar dalam periuk tambah kastard dan kacau sehingga mendidih dan pekat.
- Tuang ke atas lapisan jelly
- Kemudian susun peach ikut kreativiti
No comments:
Post a Comment