Monday, 20 January 2014

Kari Kepala Ikan Merah

Hi,




Hari ni semangat pagi-pagi dah siang ikan merah yang beratnya lebih kurang 2kg ni.. Terasa beratnya. Dari semalam lagi siap sedia alihkan Ikan merah ni dari bahagian freezer atas ke bahagian chill supaya defrost keesokkan harinya. Jadi tak perlu tunggu-tunggu lagi.

Tapi satu lagi masalahnya peralatan rumah Enon ni takde la lengkap mane kan, memang tekial-kial bab memotong-motong bahagian tengah tulang ikan ni. Akhirnya berjaya juga dengan bantuan Alu Lesung! Oh lupa pulak Enon nak pose photo ikan merah ni. Hehehe..tangan dh hanyir dan tuan yang memotong pon dah serabai dengan sisik ikan. Tak kuasa nak pegang phone lagi untuk snap. 

Resipi kari kepala ikan kali ni Enon buat style Mamak tetapi agak simple setakat apa yang ada dalam peti ais. Tak perlu bubuh santan. Maka rasanya haruslah ada rasa masam sedikit. Mari kita mulakan.



Karakter Utama


Bahan-Bahan:

Kepala Ikan (Enon gunakan Ikan Merah)
Bendi
Carrot (Enon hiris tebal2)
Ubi Kentang (potong 6)

Rempah 4 beradik
1 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari Baba's
2 biji tomato potong dadu
1/2 sudu kecil halba
Sedikit air asam jawa
Sos tomato secukup rasa
Perasakan dengan garam/gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar cili kering kisar / chili flakes

Bahan Mayang:

1 biji bawang besar (Enon pakai bawang yang ada aje)
4 biji bawang putih


Bawang yang dimayang

Cara-cara:


Antara bahan yang ditumis


  1. Tumiskan bahan yang dimayang sehingga naik baunya. 
  2. Masukkan daun kari, rempah 4 beradik, serbuk kari dan serbuk cili.
  3. Masukkan bahan yang dikisar. Gaul dan tumis hingga bawang kekuningan/bangkit aroma tumisannya.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, air asam jawa, halba, carrot, dan ubi kentang. Gaul dan masukkan air 2 mangkuk. Renehkan sekejap.
  5. Masukkan bahan utama iaitu kepala ikan bersama bendi.
  6. Perasakan dengan garam/gula atau serbuk ajinomoto.
  7. Reneh sehingga ikan tersebut masak.
Reneh ikan sehingga masak
Siap. Boleh dihidang dengan nasi putih dan papadom!





No comments:

Post a Comment