Showing posts with label Lauk-Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk-Pauk. Show all posts

Wednesday, 23 April 2014

Nasi Dagang Kelantan


Kali ni Enon cuba buat sendiri nasi dagang. okay lah untuk permulaan kan. Hahaha puji diri sendiri. Nasi dagang Kelantan biasanya lebih kurang je dengan nasi dagang Terengganu. Ada sedikit perbezaan aje kebiasaannya nasi dagang kelantan ni dihidang dengan gulai ikan tongkol, sambal kerabu ikan, timun, sambal belacan dan telur rebus manakala nasi dagang Terengganu dihidang dengan gulai ikan tongkol, acar timun dan sambal belacan. sikit je. Rasa pon agak sama. 




untuk 3-4 orang makan

Penyediaan Nasi Dagang:

4 put beras nasi dagang
3 put santan + 2 put air putih 
4 ulas bawang merah - di mayang
1/2 sudu halba 
1 inci halia - dihiris halus @ ketuk/titik
1/2 sudu garam
2 helai daun pandan 


Cara memasak:

  1. Basuh beras nasi dagang dan masukkan semua bahan-bahan diatas dan kacau rata.
  2. Tanak dalam periuk nasi elektik biasa. 
p/s: anda boleh juga kukus. tetapi berlainan teknik. Enon akan update cara memasak nasi dagang yang dikukus.



Gulai Ikan Tongkol

seekor ikan tongkol hitam - yang bersaiz kecil, dipotong biasanya dapat 5 keping potongan

Bahan A
4 keping asam keping
4 sudu kecil garam
1 sudu teh cuka

Bahan B
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 atau 3 sudu besar pes cili kering

Bahan C
2 sudu besar serbuk kari ikan
200 ml santan
2 biji cili hidup 
kacang panjang / timun sebagai tambahan
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil biji ketumbar
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Ikan tongkol direbus dengan bahan A. Kemudian ketepikan
  2. Bahan B dikisar halus.
  3. Panas sedikit minyak dan bahan B ditumis sehingga harum kemudian masukkan serbuk kari. 
  4. Tambah sedikit air dan reneh sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan biji ketumbar dan jintan manis. kacau rata.
  6. Masukkan santan dan kacau rata.
  7. Masukkan pula ikan tongkol, cili hidup dan kacang panjang. 
  8. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Reneh sampai pecah minyak dan siap sedia dihidang bersama nasi dagang.

Sambal Belacan Enon:

Segenggam cili padi hijau dan merah
Sebiji limau kasturi yang dibuang biji
1/2 inci belacan
Cuka secukupnya
garam dan gula

*kisar halus semua bahan dan boleh dihidang.

Sambal kerabu Ikan


| Enon akan update untuk resipi nasi kerabu|
biasanya nasi dagang kelantan akan dihidang bersama sambal kerabu ikan ni. 



Wednesday, 22 January 2014

Asam Pedas Simple versi Kuning


Hi,

Enon nak kongsikan bersama asam pedas versi arwah ibu Enon. Warnanya kuning macam gulai tempoyak. Ada pelbagai jenis asam pedas kan. Jadi disebabkan masakkan ni jarang-jarang buat kenalah take note takut nanti Enon lupa.


|gambar-gambar terbaru akan di update kemudian ye|


Bahan-bahan::

Anykind of ikan

Bahan-bahan kisar untuk ditumis:
1 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
2 inci Kunyit
10 biji Cili Padi hijau - kurangkan untuk kurangkan pedas


Bahan-bahan lain:
Serai dititikAsam keping
Daun kesum
Bunga kantan dipotong 2
Buah tomato yang dihiris kecil


Penyediaan:

  1. Tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
  2. Kemudian masukkan air dan ikan beserta bahan2 lain. Renehkan sehingga pecah minyak atau hingga ikan masak.

Tuesday, 21 January 2014

Siakap 3 Rasa ala Thai

Hi,


Resipi kali ni Enon just copy dari blog lama. Dah lama tak buat masakan ikan Siakap. Jadi tak salah Enon paparkan untuk koleksi Enon dan dikongsi bersama pembaca budiman.


Siakap Diselimuti Nenas lazat!!

Bahan-bahan:

Seekor siakap.
Garam kunyit
Sedikit Tepung Jagung

3 biji Bawang Merah dicincang
5 ulas Bawang Putih dicincang
2 biji Bawang Besar didadu
2 batang Serai dihiris
1 inci Halia dicincang
3 biji Tomato didadu
3 keping Daun Limau Purut
Sos cili 'life' (terpulang)
Nenas muda dipotong dadu
Gula dan garam secukup rasa
2 sudu besar pes tom yam



Penyediaan:

  1. Goreng ikan yang telah diperap dengan garam kunyit. Lumur sedikit tepung jagung untuk menambah kegaringan pada ikan tersebut. Setelah masak angkat dan hidang.
  2. Tumis semua bawang, serai dan halia sehingga wangi dan keemasan.
  3. Masukkan daun limau purut, sos cili, dan nenas tadi, garam secukup rasa dan sedikit gula..gaul rata.
  4. Setelah pecah minyak masukkan tomato. masak hingga pekat yg dikehendaki. tambah air untuk menambah kuahnya. sekarang dah siap!
  5. Cucur/Siram kuah ni pada ikan siakap.

Jenahak 3 Rasa

Hi !

Bahan-Bahan Kuah:


1 biji bawang besar (cincang)
4 biji bawang putih (cincang)
1 inci halia (cincang)
3 sudu besar cili pes (kurangkan jika tak mahu pedas)

6 biji cili padi hijau (hiris halus)
1 biji cili merah besar (hiris nipis)
2 helai daun limau purut 

sos tomato life
sos cili life
sos tiram adabi
sos plum life/sos ikan
kicap manis

1/2 biji nenas dipotong dadu
1 biji tomato dipotong dadu
1 hirisan lemon/ limau nipis - utk air perahan
1 batang bunga kantan (dimayang halus) - Enon tak masukkan kali ni. 
Minyak untuk menumis



Penyediaan Kuah Tiga Rasa
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dicincang sehingga harum.
  2. Masukkan cili pes, cili yang dipotong dan daun limau kasturi. Tumis sehingga cili agak garing kemudian masukkan semua sos. Boleh tambah air ikut citarasa.
  3. Apabila bahan tadi mereneh, nenas, tomato, bunga kantan dan perahan lemon pula ditambah. Reneh sehingga nenas masak. Siap. 

Penyediaan Ikan:



  1. Perapkan ikan Jenahak dengan garam kunyit.
  2. Lumurkan dengan tepung jagung dan goreng.
  3. Siram kuah tadi ke atas ikan yang telah siap digoreng.



Jenahak 3 Rasa



p/s: Boleh juga eliminate sos plum seandainya anda menggunakan buah nenas



Monday, 20 January 2014

Kari Kepala Ikan Merah

Hi,




Hari ni semangat pagi-pagi dah siang ikan merah yang beratnya lebih kurang 2kg ni.. Terasa beratnya. Dari semalam lagi siap sedia alihkan Ikan merah ni dari bahagian freezer atas ke bahagian chill supaya defrost keesokkan harinya. Jadi tak perlu tunggu-tunggu lagi.

Tapi satu lagi masalahnya peralatan rumah Enon ni takde la lengkap mane kan, memang tekial-kial bab memotong-motong bahagian tengah tulang ikan ni. Akhirnya berjaya juga dengan bantuan Alu Lesung! Oh lupa pulak Enon nak pose photo ikan merah ni. Hehehe..tangan dh hanyir dan tuan yang memotong pon dah serabai dengan sisik ikan. Tak kuasa nak pegang phone lagi untuk snap. 

Resipi kari kepala ikan kali ni Enon buat style Mamak tetapi agak simple setakat apa yang ada dalam peti ais. Tak perlu bubuh santan. Maka rasanya haruslah ada rasa masam sedikit. Mari kita mulakan.



Karakter Utama


Bahan-Bahan:

Kepala Ikan (Enon gunakan Ikan Merah)
Bendi
Carrot (Enon hiris tebal2)
Ubi Kentang (potong 6)

Rempah 4 beradik
1 tangkai daun kari
4 sudu besar serbuk kari Baba's
2 biji tomato potong dadu
1/2 sudu kecil halba
Sedikit air asam jawa
Sos tomato secukup rasa
Perasakan dengan garam/gula secukup rasa
Minyak untuk menumis


Bahan Kisar:

1 biji bawang besar
2 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar cili kering kisar / chili flakes

Bahan Mayang:

1 biji bawang besar (Enon pakai bawang yang ada aje)
4 biji bawang putih


Bawang yang dimayang

Cara-cara:


Antara bahan yang ditumis


  1. Tumiskan bahan yang dimayang sehingga naik baunya. 
  2. Masukkan daun kari, rempah 4 beradik, serbuk kari dan serbuk cili.
  3. Masukkan bahan yang dikisar. Gaul dan tumis hingga bawang kekuningan/bangkit aroma tumisannya.
  4. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, air asam jawa, halba, carrot, dan ubi kentang. Gaul dan masukkan air 2 mangkuk. Renehkan sekejap.
  5. Masukkan bahan utama iaitu kepala ikan bersama bendi.
  6. Perasakan dengan garam/gula atau serbuk ajinomoto.
  7. Reneh sehingga ikan tersebut masak.
Reneh ikan sehingga masak
Siap. Boleh dihidang dengan nasi putih dan papadom!





Thursday, 9 January 2014

Ayam Percik Mudah


Kali ini saya bawakan satu resipi ayam percik yang mudah, cepat dan enak untuk anda cuba berasap didapur. Hidangan ini boleh disajikan untuk 4 orang atau dua kali makan, hidangan tengah hari dan makan malam. Jom godek resipi. 

Resipi asal: dari ibuku yang tersayang
Cara masakan: dimudahkan dengan gaya hidup sekarang.. susah nak bakar arang kalau tinggal di apartment, condo, atau teres... kang ada bomba datang tiba-tiba. hihi..

Ayam Percik versi I

Saya gunakan 2 bahagian atas peha (tights). 






Kuah Percik

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 hiris halia
3 biji cili padi

1 mangkuk pati santan
Cili giling ikut selera masing2
2 batang serai dititik
Sedikit air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:

Bawang, halia cili padi dikisar. Kemuadian masukkan bersama ayam tadi. Macam gambar dibawah ni..Serai dititik.


Masukkan santan dan cili giling atau cili pes. Cili pes biasanya ikut kehendak selera puan-puan ye.. kalau nak kan percik kemerahan dan pedas maka taruk lebih sikit.


Kalau nak percik tu putih berkrim tak perlukan pes cili ni. 

Buka api sederhana dan kacau sehingga sebati. masukkan air asam jawa, garam dan gula. Apabila kuah sudah pekat angkat ayam dan bakar dalam oven atau pemanggang ajaib atau mana-mana alat yang boleh memanggang. 

Selesai panggang ayam berkenaan boleh dilumurkan dengan sedikit baki kuah percik. Lagi sebahagian baki kuah boleh dihidang. 

Dah siap! Nomm nomnomm!!