Sunday, 21 May 2017

NEW L'absolu Rouge in 295 Cafe Parisien


Memperkenalkan L'absolu Rouge baru dari Lancome. Lisa Eldridge Global Creative Director di Lancome telah mengurangkan 50% kandungan wangian dalam formula baru. LancĂ´me membuka ruang bebas kepada Lisa Eldridge untuk mewujudkan 25 rona baru dari variasi merah jambu dan merah, dari rona paling nude hinggalah rona yang paling ekstrovert. "Saya mahu melahirkan koleksi warna yang sangat tulen dan menarik pandangan mata dan imaginasi" jelasnya lagi, " Saya mahu mencipta sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Saya juga memastikan bahawa setiap keluarga warna telah diwakili dengan nude sempurna, merah yang nyata, rasberri yang pekat, jingga, dan merah jambu muda kepada yang menyerlah warnanya."

Lancome adalah antara jenama mewah yang saya suka. Rasanya product Lancome yang pertama saya suka adalah minyak wanginya Miracle. Lepas tu dah lama tinggalkan dek mencuba bau lain dan jenama lain.

Solekan bersama Abang zam
Semalam 20hb Mei 2017, saya ke butik Lancome yang bertempat di The Garden Mall bersebelahan dengan Mid Valley Megamall untuk menghadiri Bengkel Kecantikan bersama Lancome yang dianjurkan oleh Majalah Jelita. Seronok mendengar dan mencuba produk-produk baru dari Lancome dan yang paling saya suka adalah mencuba lipstick baru yang telah diubahsuai formula dan warna oleh Juru Solek terkenal dari London Lisa Eldridge.



Skincare bersama Jesslyn Chee
Saya selalu calit gincu ni pada lengan tangan, antara yang selalu dicalit-calit adalah rona 343 Suspence warnanya sangat menarik hati. Sangat nude bak hang tapi setelah dicalit pada bibir, 'hurmmm' bagi saya ia sangat pucat dan flat untuk rona kulit saya. Jadi saya memilih 295 Cafe Parisien, wahh warna ni saya suka, sedikit nude merah bata gitu.

Matte memang pilihan selamat buat saya, saya boleh variasi kan pemakaiannya dengan pelbagai cara dan gaya. Saya boleh top up lipgloss, boleh jadikan pemerah pipi atau pembayang mata juga. Kreatif!




Tiub baru L'absolu Rouge juga bergaya iaitu berbentuk silinder hitam dan mempunyai bunga rose Lancome berwarna emas pada atas tiubnya. Tekan dan tiub lipstick akan keluar kemudian tarik dan pusing seperti biasa. Chic Parisian!


Saya akan menambah rona lain pula selepas ni. Mungkin pink atau merah?

Sudahkah anda mencuba formula baru L'absolu Rouge dari Lancome? Apa warna pilihan hati anda? Kongsi dengan saya.



No comments:

Post a Comment