Hi Mommies and Beauties!
Happy New Year 2017..
May your dreams become true as always walaupun kadang-kadang tak. :)
Anyway, I kind of want to write and say something to the 'netizen' about something like a thought, my thought of something, recipes, lifestyle, beauty talk, anti-aging talk, diy you can do it yeahhhh! child care or something that give us benefit and share about them. Unfortunately, I rarely do, Cakap je lebih. Hahaha. You know me, since I have no laptop nor computer it is hard for me to write on using mobile phone. Hard!
Recently I just grab and use my husband's laptop konon-konon cuba write or do some research on the net but both of son ..haihhhhh malas nak cakap.. sorang keep pushing me because he also want to use the laptop and the other one duk tarik my hair and crying. Truly, CRYING on and on and on. Oh man! This is what we call Working At Home Mom (WAHM)??!! Okay I give up. Done. That's it.
How you do your work? You belum habis sebaris ayat anak-anak dah macam-macam. So those who are WAHM I do respect your job. Bravo moms! keep on working.
Love,
Anna
Saturday, 21 January 2017
Monday, 1 September 2014
Kek Kacang Almond ala Ikea
Hi.
Sejak kebelakangan ni Enon banyak building on new recipe from nuts. Enon ni penggemar kacang. Jadi Enon buat dan olah dari resipi asal. Kebanyakkan resipi tradisi kek kekacang yang Enon buat adalah kek tradisi orang Sweden (Ikea kan dari Sweden), orang Norway dan Germany.
Apa-apa stay tune.
Nak order Kek ni untuk Jamuan pon ok. Fresh from my Oven.
Sejak kebelakangan ni Enon banyak building on new recipe from nuts. Enon ni penggemar kacang. Jadi Enon buat dan olah dari resipi asal. Kebanyakkan resipi tradisi kek kekacang yang Enon buat adalah kek tradisi orang Sweden (Ikea kan dari Sweden), orang Norway dan Germany.
Apa-apa stay tune.
Nak order Kek ni untuk Jamuan pon ok. Fresh from my Oven.
![]() |
| SuksessTarte |
Thursday, 24 April 2014
Nasi Kerabu Kuning
(Penyediaan nasi untuk 4 orang makan)
Bahan-bahan nasi kerabu:
5 put beras (Enon gunakan beras basmathi)
6 put air
1 camca teh kunyit (boleh guna air bunga telang/pewarna biru)
3 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
garam secukup rasa
Cara-cara:
Basuh beras dan tos. Masukkan air dan semua bahan-bahan lain. dan tanak seperti biasa.
![]() |
| Tumis(biasanya dikenali kuah) Nasi Kerabu |
Bahan-bahan tumis :
Bahan A:
15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 sudu kecil udang kering
Bahan B:
1 ketul gula melaka (Enon sepatutnya gunakan gula melaka dari thailand kerek kecil tapi gambar di atas gunakan gula melaka dari pasaraya jadi warnanya agak gelap)
200ml santan (hana gunakan santan kotak)
1 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara penyediaan tumis:
- Kisar halus semua bahan A.
- Masukkan semua bahan kisar A bersama dengan bahan B.
- Reneh sehingga pecah minyak dan pekat.
- Perasakan dengan garam dan gula.
![]() |
| Kerabu Ikan |
- Sangai kelapa parut tanpa minyak sehingga golden brown.
- Sentiasa kacau supaya masak sekata dan tidak hangit. Angkat dan sejukkan.
- Hiris halus sebatang serai.
- Rebus seekor ikan selayang dan ambil isinya.
- Tumbuk isi ikan, serai dan kelapa parut yang telah disangai.
- Perasakan dengan garam.
p/s: anda boleh gunakan blender kering tapi hasilnya agak sticky.
kalau gunakan food processor mungkin hasilnya sedikit cantik.
Bagi Enon tumbuk manual dengan alu dan lesong sangat membuatkan kerabu ikan Enon muai dan cantik tekturnya.
Daging bakar Enon bakar plain je.
kalau nak berperisa boleh perap dengan kicap dan sos tiram
atau garam kunyit. Depends kat selera masing ye.
![]() |
| Ulam ulaman di hasil dari peti ais Enon so ada 3 jenis aje |
Ulam dihiris halus:
Timun
Kacang Panjang
Daun kesom
Bunga Kantan
Daun serai pokok
Daun kadok
Kubis
Telur Asin
Wednesday, 23 April 2014
Nasi Dagang Kelantan
Kali ni Enon cuba buat sendiri nasi dagang. okay lah untuk permulaan kan. Hahaha puji diri sendiri. Nasi dagang Kelantan biasanya lebih kurang je dengan nasi dagang Terengganu. Ada sedikit perbezaan aje kebiasaannya nasi dagang kelantan ni dihidang dengan gulai ikan tongkol, sambal kerabu ikan, timun, sambal belacan dan telur rebus manakala nasi dagang Terengganu dihidang dengan gulai ikan tongkol, acar timun dan sambal belacan. sikit je. Rasa pon agak sama.
untuk 3-4 orang makan
Penyediaan Nasi Dagang:
4 put beras nasi dagang
3 put santan + 2 put air putih
4 ulas bawang merah - di mayang
1/2 sudu halba
1 inci halia - dihiris halus @ ketuk/titik
1/2 sudu garam
2 helai daun pandan
Cara memasak:
- Basuh beras nasi dagang dan masukkan semua bahan-bahan diatas dan kacau rata.
- Tanak dalam periuk nasi elektik biasa.
p/s: anda boleh juga kukus. tetapi berlainan teknik. Enon akan update cara memasak nasi dagang yang dikukus.
Gulai Ikan Tongkol
seekor ikan tongkol hitam - yang bersaiz kecil, dipotong biasanya dapat 5 keping potongan
Bahan A
4 keping asam keping
4 sudu kecil garam
1 sudu teh cuka
Bahan B
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 atau 3 sudu besar pes cili kering
Bahan C
2 sudu besar serbuk kari ikan
200 ml santan
2 biji cili hidup
kacang panjang / timun sebagai tambahan
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil biji ketumbar
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
- Ikan tongkol direbus dengan bahan A. Kemudian ketepikan
- Bahan B dikisar halus.
- Panas sedikit minyak dan bahan B ditumis sehingga harum kemudian masukkan serbuk kari.
- Tambah sedikit air dan reneh sehingga pecah minyak.
- Masukkan biji ketumbar dan jintan manis. kacau rata.
- Masukkan santan dan kacau rata.
- Masukkan pula ikan tongkol, cili hidup dan kacang panjang.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Reneh sampai pecah minyak dan siap sedia dihidang bersama nasi dagang.
Sambal Belacan Enon:
Segenggam cili padi hijau dan merah
Sebiji limau kasturi yang dibuang biji
1/2 inci belacan
Cuka secukupnya
garam dan gula
*kisar halus semua bahan dan boleh dihidang.
Sambal kerabu Ikan
| Enon akan update untuk resipi nasi kerabu|
biasanya nasi dagang kelantan akan dihidang bersama sambal kerabu ikan ni.
| Enon akan update untuk resipi nasi kerabu|
biasanya nasi dagang kelantan akan dihidang bersama sambal kerabu ikan ni.
Tuesday, 18 February 2014
Resipi Telur Hancur Bazilah Special!
![]() |
| Hasil gambar dari Bazilah Ismail my friend! |
Penyediaan resipi ini adalah untuk seorang atau dua orang makan
Sumber: Bazilah Ismail
Bahan-Bahan:
2-3 biji Telur
Bawang merah/besar dimayang
Asparagus (Enon gunakan brokoli dan carrrot)
Cendawan Shiitake dihiris2
Cili Benggala suku aje
1 sudu besar Minyak untuk menumis
1/4 cawan Susu segar
1-2 Kepingan cheese
Garam
Serbuk Lada Hitam
Penyediaannya:
- Tumis bawang. Disamping itu masukkan sekali asparagus, cendawan, cili benggala. tumis hingga naik bau.
- Masukkan telur dan susu. Kacau sebati telur sehingga kuning telur bersatu dengan putihnya. Perasakan dengan garam
- Kemudian masukkan cheese.
- Dah siap. Tabur serbuk lada hitam. Boleh makan dengan roti untuk sarapan pagi.
![]() |
| Ini hasil yang Enon buat.. hehehe takdelah secantik Bazilah. sebab tak sabar nak makan. |
Wednesday, 22 January 2014
Kari Udang Galah yang Mudah
Bahan-Bahan:
Udang galah (Enon beli udang galah mini kat pasar segar je)
1 biji bawang besar - dikisar
4 biji bawang putih -dikisar
Rempah 4 serangkai
1 tangkai daun kari optional
Rempah kari udang/ikan Baba's atau Faiza (Enon suka sebab rasanya agak spicy)
200ml santan
Minyak untuk menumis
Air (agak-agak je)
Garam/Gula/Bahan perasa
Penyediannya:
- Tumis bahan kisar bersama rempah 4 serangkai sehingga harum.
- Masukkan daun kari dan rempah kari udang.
- Tambahkan sedikit air dan biarkan sekejap hingga pecah minyak
- Masukkan santan dan perasakan dengan garam
- apabila santan mendidih barulah masukkan udang.
- Reneh sehingga udang masak
p/s: Udang biasanya dimasak sekejap sahaja untuk mengelakkan daripada terlebih masak atau isinya jadi kental dan hilang manis udang itu sendiri.
Asam Pedas Simple versi Kuning
Hi,
Enon nak kongsikan bersama asam pedas versi arwah ibu Enon. Warnanya kuning macam gulai tempoyak. Ada pelbagai jenis asam pedas kan. Jadi disebabkan masakkan ni jarang-jarang buat kenalah take note takut nanti Enon lupa.
|gambar-gambar terbaru akan di update kemudian ye|
Bahan-bahan::
Anykind of ikan
Bahan-bahan kisar untuk ditumis:
1 biji Bawang besar
4 biji Bawang putih
2 inci Kunyit
10 biji Cili Padi hijau - kurangkan untuk kurangkan pedas
Bahan-bahan lain:
Serai dititikAsam keping
Daun kesum
Bunga kantan dipotong 2
Buah tomato yang dihiris kecil
Daun kesum
Bunga kantan dipotong 2
Buah tomato yang dihiris kecil
Penyediaan:
- Tumis bahan-bahan kisar hingga harum.
- Kemudian masukkan air dan ikan beserta bahan2 lain. Renehkan sehingga pecah minyak atau hingga ikan masak.
Subscribe to:
Posts (Atom)


















+kari+udang+galah.jpg)
