Saturday, 5 August 2017

Tanggalkan Solekanmu!


Bila bercakap tentang solekan, perkara utama yang akan terlintas difikiran ialah bagaimana pula untuk tanggalkannya? Banyak produk kalis air dan yang tahan lama. Jadi agak sukar untuk kita bersihkan hanya dengan air biasa. 

Apa nak buat? Jangan panik. Ada banyak produk penanggalkan solekan dipasaran. Anda hanya perlu beli dan cuba pada wajah anda adakah ia sesuai atau tidak. Adakala ia sesuai pada wajah sahabat kita namun tidak sesuai untuk wajah kita. Oh buntu!

Ada pelbagai jenis penanggal solekan antaranya:

  • Micellar water
  • Penanggal solekan mata/bibir kalis air
  • Pencuci solekan Gel-Minyak (Gel-to-oil)
  • Pencuci solekan bersusu
  • Penanggal solekan Balm
  • Penanggal solekan tisu basah
Mungkin ada teknologi lain yang tidak disenaraikan di sini dan senarainya bertambah saban tahun untuk melengkapi kehendak pengguna. Sudahkah anda mencuba semua atau pun salah satu produk tersebut? Jadi anda yang mana? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda?

Sunday, 21 May 2017

NEW L'absolu Rouge in 295 Cafe Parisien


Memperkenalkan L'absolu Rouge baru dari Lancome. Lisa Eldridge Global Creative Director di Lancome telah mengurangkan 50% kandungan wangian dalam formula baru. LancĂ´me membuka ruang bebas kepada Lisa Eldridge untuk mewujudkan 25 rona baru dari variasi merah jambu dan merah, dari rona paling nude hinggalah rona yang paling ekstrovert. "Saya mahu melahirkan koleksi warna yang sangat tulen dan menarik pandangan mata dan imaginasi" jelasnya lagi, " Saya mahu mencipta sesuatu yang sangat menarik dan menyeronokkan. Saya juga memastikan bahawa setiap keluarga warna telah diwakili dengan nude sempurna, merah yang nyata, rasberri yang pekat, jingga, dan merah jambu muda kepada yang menyerlah warnanya."

Lancome adalah antara jenama mewah yang saya suka. Rasanya product Lancome yang pertama saya suka adalah minyak wanginya Miracle. Lepas tu dah lama tinggalkan dek mencuba bau lain dan jenama lain.

Solekan bersama Abang zam
Semalam 20hb Mei 2017, saya ke butik Lancome yang bertempat di The Garden Mall bersebelahan dengan Mid Valley Megamall untuk menghadiri Bengkel Kecantikan bersama Lancome yang dianjurkan oleh Majalah Jelita. Seronok mendengar dan mencuba produk-produk baru dari Lancome dan yang paling saya suka adalah mencuba lipstick baru yang telah diubahsuai formula dan warna oleh Juru Solek terkenal dari London Lisa Eldridge.



Skincare bersama Jesslyn Chee
Saya selalu calit gincu ni pada lengan tangan, antara yang selalu dicalit-calit adalah rona 343 Suspence warnanya sangat menarik hati. Sangat nude bak hang tapi setelah dicalit pada bibir, 'hurmmm' bagi saya ia sangat pucat dan flat untuk rona kulit saya. Jadi saya memilih 295 Cafe Parisien, wahh warna ni saya suka, sedikit nude merah bata gitu.

Matte memang pilihan selamat buat saya, saya boleh variasi kan pemakaiannya dengan pelbagai cara dan gaya. Saya boleh top up lipgloss, boleh jadikan pemerah pipi atau pembayang mata juga. Kreatif!




Tiub baru L'absolu Rouge juga bergaya iaitu berbentuk silinder hitam dan mempunyai bunga rose Lancome berwarna emas pada atas tiubnya. Tekan dan tiub lipstick akan keluar kemudian tarik dan pusing seperti biasa. Chic Parisian!


Saya akan menambah rona lain pula selepas ni. Mungkin pink atau merah?

Sudahkah anda mencuba formula baru L'absolu Rouge dari Lancome? Apa warna pilihan hati anda? Kongsi dengan saya.



Saturday, 21 January 2017

Happy New Year 2017

Hi Mommies and Beauties!

Happy New Year 2017..

May your dreams become true as always walaupun kadang-kadang tak. :)

Anyway, I kind of want to write and say something to the 'netizen' about something like a thought, my thought of something, recipes, lifestyle, beauty talk, anti-aging talk, diy you can do it yeahhhh! child care or something that give us benefit and share about them. Unfortunately, I rarely do, Cakap je lebih. Hahaha. You know me, since I have no laptop nor computer it is hard for me to write on using mobile phone. Hard!

Recently I just grab and use my husband's laptop konon-konon cuba write or do some research on the net but both of son ..haihhhhh malas nak cakap.. sorang keep pushing me because he also want to use the laptop and the other one duk tarik my hair and crying. Truly, CRYING on and on and on. Oh man! This is what we call Working At Home Mom (WAHM)??!! Okay I give up. Done. That's it.

How you do your work? You belum habis sebaris ayat anak-anak dah macam-macam. So those who are WAHM I do respect your job. Bravo moms! keep on working.


Love,
Anna


Monday, 1 September 2014

Kek Kacang Almond ala Ikea

Hi.


Sejak kebelakangan ni Enon banyak building on new recipe from nuts. Enon ni penggemar kacang. Jadi Enon buat dan olah dari resipi asal. Kebanyakkan resipi tradisi kek kekacang yang Enon buat adalah kek tradisi orang Sweden (Ikea kan dari Sweden), orang Norway dan Germany.

Apa-apa stay tune.

Nak order Kek ni untuk Jamuan pon ok. Fresh from my Oven.







SuksessTarte

Thursday, 24 April 2014

Nasi Kerabu Kuning


Hi. Dah lama tak update resipi nasi kerabu. Almaklumlah sejak dah tak ada laptop di rumah rasanya malas sangat nak pinjam laptop suami bila si suami pulang dari kerja. Ye lah Enon lebih mengutamakan masa untuk bersantai dengan suami dan anak dari bertungkus lumus depan laptop. Enon ni jenis family first so  apa-apa yang berkaitan tak utama memang dibelakangkan terus. hehehe.

Okay sebelum memori nasi kerabu ni luput dari ingatan baik Enon cepat-cepat update. Nanti dah lama tak buat lupa pulak. Nak kene call aunties Enon yang pakar dalam membuat nasi kerabu.

Oh ye aunties Enon memang masak nasi kerabu 'marvelous' habis. Ada yang buat jualan ada yang mengambil tempahan dan ada jugak anak-anak mereka buka kedai makan especially kedai untuk singgah breakfast di Kota Bharu. Kalau teman-teman ke Kota Bharu singgah lah ke Kedai Zayadah di Kg Kota, dan warung bersebelah RTM Kota Bharu, berdekatan dengan Wakaf Che Yeh.

 Aunties Enon yang lain masak untuk family. Che Ah dan Che Ani, orang kata cuba sekali rasa nak tambah berpinggan-pinggan. Hahaha. Enon la tuh buat muka selamba je bertambah-tambah.



susun atur suami ku.. hehehe maaflah not so kelantanese .. orang kelantan akan letak semua atas nasi tuh biasanya so jadi macam ala2 kerabu





(Penyediaan nasi untuk 4 orang makan)
Bahan-bahan nasi kerabu:

5 put beras (Enon gunakan beras basmathi)
6 put air
1 camca teh kunyit (boleh guna air bunga telang/pewarna biru)
3 helai daun limau purut
2 helai daun pandan
garam secukup rasa

Cara-cara:

Basuh beras dan tos. Masukkan air dan semua bahan-bahan lain. dan tanak seperti biasa.


Tumis(biasanya dikenali kuah) Nasi Kerabu

Bahan-bahan tumis :

Bahan A:
15 tangkai cili kering 
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 inci halia
2 batang serai
2 sudu kecil udang kering

Bahan B:
1 ketul gula melaka (Enon sepatutnya gunakan gula melaka dari thailand kerek kecil tapi gambar di atas gunakan gula melaka dari pasaraya jadi warnanya agak gelap)
200ml santan (hana gunakan santan kotak)
1 sudu makan minyak
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan tumis:
  1. Kisar halus semua bahan A.
  2. Masukkan semua bahan kisar A bersama dengan bahan B. 
  3. Reneh sehingga pecah minyak dan pekat.
  4. Perasakan dengan garam dan gula.




Kerabu Ikan
  1. Sangai kelapa parut tanpa minyak sehingga golden brown. 
  2. Sentiasa kacau supaya masak sekata dan tidak hangit. Angkat dan sejukkan.
  3. Hiris halus sebatang serai.
  4. Rebus seekor ikan selayang dan ambil isinya.
  5. Tumbuk isi ikan, serai dan kelapa parut yang telah disangai. 
  6. Perasakan dengan garam.
p/s: anda boleh gunakan blender kering tapi hasilnya agak sticky.
kalau gunakan food processor mungkin hasilnya sedikit cantik. 
Bagi Enon tumbuk manual dengan alu dan lesong sangat membuatkan kerabu ikan Enon muai dan cantik tekturnya.





Daging bakar Enon bakar plain je.
kalau nak berperisa boleh perap dengan kicap dan sos tiram
atau garam kunyit. Depends kat selera masing ye.

Ulam ulaman di hasil dari peti ais Enon so ada 3 jenis aje

Ulam dihiris halus:
Timun 
Kacang Panjang
Daun kesom
Bunga Kantan
Daun serai pokok
Daun kadok
Kubis



Telur Asin



Wednesday, 23 April 2014

Nasi Dagang Kelantan


Kali ni Enon cuba buat sendiri nasi dagang. okay lah untuk permulaan kan. Hahaha puji diri sendiri. Nasi dagang Kelantan biasanya lebih kurang je dengan nasi dagang Terengganu. Ada sedikit perbezaan aje kebiasaannya nasi dagang kelantan ni dihidang dengan gulai ikan tongkol, sambal kerabu ikan, timun, sambal belacan dan telur rebus manakala nasi dagang Terengganu dihidang dengan gulai ikan tongkol, acar timun dan sambal belacan. sikit je. Rasa pon agak sama. 




untuk 3-4 orang makan

Penyediaan Nasi Dagang:

4 put beras nasi dagang
3 put santan + 2 put air putih 
4 ulas bawang merah - di mayang
1/2 sudu halba 
1 inci halia - dihiris halus @ ketuk/titik
1/2 sudu garam
2 helai daun pandan 


Cara memasak:

  1. Basuh beras nasi dagang dan masukkan semua bahan-bahan diatas dan kacau rata.
  2. Tanak dalam periuk nasi elektik biasa. 
p/s: anda boleh juga kukus. tetapi berlainan teknik. Enon akan update cara memasak nasi dagang yang dikukus.



Gulai Ikan Tongkol

seekor ikan tongkol hitam - yang bersaiz kecil, dipotong biasanya dapat 5 keping potongan

Bahan A
4 keping asam keping
4 sudu kecil garam
1 sudu teh cuka

Bahan B
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 batang serai
2 atau 3 sudu besar pes cili kering

Bahan C
2 sudu besar serbuk kari ikan
200 ml santan
2 biji cili hidup 
kacang panjang / timun sebagai tambahan
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil biji ketumbar
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:

  1. Ikan tongkol direbus dengan bahan A. Kemudian ketepikan
  2. Bahan B dikisar halus.
  3. Panas sedikit minyak dan bahan B ditumis sehingga harum kemudian masukkan serbuk kari. 
  4. Tambah sedikit air dan reneh sehingga pecah minyak.
  5. Masukkan biji ketumbar dan jintan manis. kacau rata.
  6. Masukkan santan dan kacau rata.
  7. Masukkan pula ikan tongkol, cili hidup dan kacang panjang. 
  8. Perasakan dengan garam dan gula.
  9. Reneh sampai pecah minyak dan siap sedia dihidang bersama nasi dagang.

Sambal Belacan Enon:

Segenggam cili padi hijau dan merah
Sebiji limau kasturi yang dibuang biji
1/2 inci belacan
Cuka secukupnya
garam dan gula

*kisar halus semua bahan dan boleh dihidang.

Sambal kerabu Ikan


| Enon akan update untuk resipi nasi kerabu|
biasanya nasi dagang kelantan akan dihidang bersama sambal kerabu ikan ni. 



Tuesday, 18 February 2014

Resipi Telur Hancur Bazilah Special!



Photo: Scramble eggs with shiitake mushroom, asparagus, capsicum, onion, chilli & cheese..:D

#breakfast #lunch #favbreakfastIBU #veggieloaded

*******************
Resepi 

telur - 2-4 biji (ikot bape org mkn)
bwg (kuning or merah pon bule)
asparagus 
lada bengala (ambik suku je, jgn byk2 sgt sbb ade strong aftertaste..so xbest)
mushroom (any kind of mushroom, tp kalo ikot gred, shitake plg superb...:P)
red or green cilli (cilil padi pon bule kalo ske pedas) 
milk (1/4 cup)
cheese
salt, pepper - adjust ikot ske..:)

pkul telur n then cmpur sume bhn2 kt atas kaco smpai sbati n then goreng...make sure kaco telur tue, kalo x jdk omelette plak...:DDDD
Hasil gambar dari Bazilah Ismail my friend! 

Penyediaan resipi ini adalah untuk seorang atau dua orang makan
Sumber: Bazilah Ismail


Bahan-Bahan:

2-3 biji Telur
Bawang merah/besar dimayang
Asparagus (Enon gunakan brokoli dan carrrot)
Cendawan Shiitake dihiris2
Cili Benggala suku aje
1 sudu besar Minyak untuk menumis

1/4 cawan Susu segar
1-2 Kepingan cheese
Garam

Serbuk Lada Hitam


Penyediaannya:

  1. Tumis bawang. Disamping itu masukkan sekali asparagus, cendawan, cili benggala. tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan telur dan susu. Kacau sebati telur sehingga kuning telur bersatu dengan putihnya. Perasakan dengan garam
  3. Kemudian masukkan cheese. 
  4. Dah siap. Tabur serbuk lada hitam. Boleh makan dengan roti untuk sarapan pagi.



Photo: Bazilah Ismail aku dh cuba! Yummy. Shiitake mushroom, carrot, brocoli, anion, and capsicum.
Ini hasil yang Enon buat.. hehehe takdelah secantik Bazilah. sebab tak sabar nak makan.