Saturday, 5 August 2017
Simple Micellar Water
Hey Cherry Bon Bon!
Saya masih lagi di sini sibuk dengan topik menanggalkan solekan dimana ramai bercakap dan berlumba-lumba dengan solekan padu instagram dan juga youtube, saya pula sibuk dengan produk menanggalkan solekan.
Kenapa? Sebab apabila anda dipuncak gunung perkara kedua utama bagi saya bagaimana untuk turun semula dari gunung tu. Haha pelik? Ia adalah kebenaran dimana anda perlu bersedia dari mula hingga ke akhir. Siapa mahu tolong bila anda dipuncak tuh dik non oi! Tolongggggggg saya tak boleh turun. Tolong pergi Watson belikan tali. Tunggu watson tak ada jual tali. Haha gunung apa sampai nak turun guna tali tu? G7? Aah apa-apalah Milah.
Saya suka micellar water. Apa tuh? Mestilah sejenis penanggal solekan pada wajahmu. Saya ada cuba beberapa jenama lain dari farmasi yang ada di Malaysia dan penemuan terbaru saya adalah Micellar water jenama Simple.
Jenama yang sememangnya mudah dicari di mana-mana farmasi atau pasaraya di Malaysia. Karima McKimmie make me buy it. She's my favourite Blogger and Youtuber.
Tiada bau yang pelik, tiada buih, tidak membuatkan kulit saya merengsa atau rasa nak garu-garu dan yang paling penting ianya murah! Tepuk tangan yayyyy!!! Semua orang sukakan bila sesuatu kelengkapan harian murah.
Jadi, pergi dapatkannya sekarang jika anda masih tercari-cari micellar water untuk anda.
Sudahkah anda mencubanya? Kongsikan pengalaman anda.
Jumpa lagi~
Tanggalkan Solekanmu!
Bila bercakap tentang solekan, perkara utama yang akan terlintas difikiran ialah bagaimana pula untuk tanggalkannya? Banyak produk kalis air dan yang tahan lama. Jadi agak sukar untuk kita bersihkan hanya dengan air biasa.
Apa nak buat? Jangan panik. Ada banyak produk penanggalkan solekan dipasaran. Anda hanya perlu beli dan cuba pada wajah anda adakah ia sesuai atau tidak. Adakala ia sesuai pada wajah sahabat kita namun tidak sesuai untuk wajah kita. Oh buntu!
Ada pelbagai jenis penanggal solekan antaranya:
- Micellar water
- Penanggal solekan mata/bibir kalis air
- Pencuci solekan Gel-Minyak (Gel-to-oil)
- Pencuci solekan bersusu
- Penanggal solekan Balm
- Penanggal solekan tisu basah
Mungkin ada teknologi lain yang tidak disenaraikan di sini dan senarainya bertambah saban tahun untuk melengkapi kehendak pengguna. Sudahkah anda mencuba semua atau pun salah satu produk tersebut? Jadi anda yang mana? Jangan lupa kongsikan pengalaman anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)